Secawan Kopi Sebatang Rokok







September 14, 2005
Harvester of Sorrow

Ramadhan bakal menjelma... just around the corner cakap orang Jengka. Kebiasaannyer di waktu begini sudah ada bising2 dirumah… arwah abahku akan menyatakan keinginannyer untuk melawat Pattani. Dan selalunya di awal Ramadhan itu laaa yang bakal dilakukan Abah… berpuasa di samping melawat sanak saudaranya di sana. Seronok katanya dapat berpuasa disana… suasana yang amat damai dan menyejukkan hati – aku akuinyer. Abah bukan laaa asing di wilayah bergolak itu… selalunya sampai abah disambut riang… disusunkan ceramah2 agama untuk abah sampaikan. Dari masjid2 besar… ke padang2 hingga laaa di sekolah2 pondok… abah akan memenuhi hasrat ustaz2 mahupun tok2 guru di sana seadanya. Pattani… Nara… Yala… abah mengenali setiap ceruk wilayah itu seperti dier mengenali lenggok2 ilmu yang diajarinya…

 

Kini wilayah2 tersebut berada dalam kekacauan… berbalas keganasan tanpa nampak sebarang tanda penyelesaian… dan tak dapat dihindar resah hati menyaksikan mereka yang tertindas itu adalah kaum kerabatku… saudara2 seagamaku. Sedikit sebanyak menaikkan suhu didih cecair di dalam badanku menyaksikan air2 mata… darah yang telah tersembur angkara rejim pimpinan Thaksin.

 

Kenapa dan mengapa tiba2 onar kembali ……

 

Pada bulan Oktober 2003 ketika persidangan APEC di Bangkok... di waktu yang sama Tun Dr Mahathir membedal kaum Yahudi di persidangan OIC di Putrajaya. Bush yang menghadiri persidangan APEC sempat membisikkan kepada Thaksin apa yang sepatutnyer dilakukan olehnya terhadap wilayah Islam di bawah jajahan Bhumipol. Aper yer yang Bush katakan..? Tidak lama selepas itu bermula laa operasi pembersihan secara komprehensif. Permulaannya seramai 8 orang mewakili tok2 guru pondok dan peguam Islam terkenal ditangkap tanpa sebarang pertuduhan dan jasad mereka hilang terus tanpa sebarang kesan. Ditanyakan pihak berkuasa tempatan disuruhnya rujuk ke Bangkok. Dan begitu jugak laaa dalih yang dimainkan Bangkok apabila ditanyakan soalan sama. Api kemarahan penduduk semakin disembur LPG apabila tiba2 mayat2 tanpa kepala dijumpai terapung di sungai Pattani satu persatu. Semakin ramai pemimpin masyarakat Islam yang hilang secara tiba2. Semua dapat tiket free pergi buat umrah kot..?

 

Kemarahan dan rasa tidak puas hati semakin memuncak sehingga laa tercetusnya tragedi di Masjid Kerisik pada subuh April 2004. 32 nyawa diragut didalam rumah Allah. Kurang ajarkan..?  Perasaan masyarakat melayu Pattani bagai disentak2 untuk memberontak... tapi dengan apa..? cara bagaimana..? Taktik gerila atau militia atau apa2 istilah yang digunakan bagi puak2 terdesak cukup memeranjatkan Bangkok. Saban hari terdengar berita kematian "tok cha"2... soldadu2 malah orang awam yang beragama Buddha akibat serangan hendap mahu pun letupan bom. Pattani United Liberation Organization akronimnya PULO dituduh memainkan peranan penting menyemarakkan api permusuhan antara agama di wilayah2 tersebut.

 

Tak Bai tak sepopular Golok… Danok apatah lagi Hatyai. Tiada apa yang menarik di sana untuk diambil peduli sehingga laaa tanggal 25 Oktober 2004. 100 lebih nyawa terkorban.. beratus pula ditahan… entah berapa ramai pula yang kehilangan anak… manjadi balu… menjadi anak yatim. Satu dunia terkejut dengan sketsa pembunuhan yang dihalalkan itu tatkala masyarakat Islam seantero dunia tengah bermegah meraikan Ramadhan. Peristiwa di siang hari itu cukup memberikan gambaran jelas macamana Thaksin bertindak pada waktu Subuh di Masjid Kerisik tempoh hari. Kerajaan pimpinan Thaksin tidak sedikit pun menunjukkan resah simpati terhadap apa yang terjadi. Tidak sedikit pun mahu cuba menjiwai watak Chuan Leekpai yang selama mungkin mahu mempertahankan adat rukun hidup berkongsi agama di wilayah2 itu. Malah Thaksin sedikit pun tak menghormati perasaan masyarakat Islam di negara2 jirannya. Mangkuk betul mamat nie…

 

Nampak sangat mangkuk yang bertaraf mangkuk tandas nie inginkan sesuatu di wilayah itu. Nampak sangat mangkuk tandas ini ingin meluaskan kekuasaan takluknya untuk memasarkan keluaran mangkuk tandasnya yang baru. Apakah Thaksin ingin menyambung tradisi keluarga Bush untuk menghancurkan Islam di wilayah itu..? wilayah ini..? Apakah minyak yang berlambak dlm laut Pattani menjadi idaman Thaksin..? Adakah Thaksin cuba untuk membatalkan perjanjian Sultan Pattani dgn Raja Siam..? cuba untuk menghapuskan kekuasaan kesultanan Pattani bagi tujuan mengaut segala hasil buminya..? atau masih ader produk mangkuk tandas yang tak laku..?  

 

Thaksin patut bukak balik buku sejarah...  tengok balik apa sebenarnyer berlaku di wilayah itu sebelum tahun 1909.  Pattani aka Langkasuka adalah wilayah berdaulat… wilayah merdeka yang telah wujud ketamadunannya lebih lama dari Siam itu sendiri. Mempunyai sejarah dan sistem kesultanan yang kental unggul dan tidak pernah terkalah kepada Siam dalam siri peperangan mereka. Mesti Raja2 Rama sebelum ini cuak tengok meriam gergasi yg dimiliki kerajaan Pattani ketika itu. Jika Thaksin betul2 faham masalah di wilayah itu... kenapa Thaksin sewenang wenangnyer menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk menidakkan kedaulatan wilayah itu..? dan kenapa Thaksin masih berani memperlekehkan saudara2 seagama kita di wilayah itu..?

 

Apa yang diinginkan oleh saudara2 kita di selatan Thailand itu hanya laaa hak. Hak untuk tidak diganggu... hak untuk bebas mengamalkan ajaran agama Islam selaras dengan kemashyurannyer dalam melahirkan ulama’2 besar nusantara. Paling penting Thaksin kena ingat seingat ingatnyer wilayah itu mempunyai sultan yang masih berdaulat dan tanah subur itu adalah hak mereka tanpa perlu campurtangan direct dari orang luar. Biar laaa kekal Pattani dibawah kerajaan Siam tanpa perlu menggangu hak2 istimewa tersebut.


.....yang paling menyedihkan hati adalah melihat masyarakat wilayah itu melarikan diri ke Malaysia. Heran aku... terkhalaf akal aku seketika. Kenapa mahu melarikan diri..? kenapa mahu takut dengan mati..? itukan tanahmu... itukan agamamu... wajib atas kamu untuk mempertahankannya... biar laaa negara2 Islam lain masih bengong mengira kadar KDNK tahun2 mendatang... biar laaa saudara2 Islam mu yang lain asyik merapu macam aku... tapi melarikan diri dari berjuang bukan laaa satu jalan penyelesaian... dan semoga bangsa dan agamamu tetap di dalam pemeliharaanNya...

 

 

 


Posted at 02:45 pm by Dakofter
 

September 7, 2005
Iqrak..!

Susah betul nak mulakan perjalanan blog nie, bermacam gaya gorengan cuba ditampilkan.... tapi masih gagal menyesuaikan tempo yang ingin disampaikan. Terlalu banyak lenggok yang terngiang sampaikan sukar untuk memilih mana yang bersesuaian.

 

Betul laaa kata orang... nak menulis... berkarya bagi orang memahami jauh lebih susah berbanding orang yang mengkritiknya. Apatah lagi jika hendak dibukukan setiap karya dengan nama tertera di atas kertas keras. Lebih2 lagi kalau aper yang cuba dihasilkan itu adalah ciptaan akal semata mata... mitos... dongeng yang kerap kalinyer di nukilkan sebagai novel. Maka barang berapa kerat sangatkah melayu yang mengagumi hasil penulisan orang melayu sendiri... walhal penulisan mereka jika di ambil kira dari segi peradaban bahasanyer... hasil akalnyer adalah setanding penulisan penulis2 agung barat yang kerap dinanti tunggu keluaran mereka.

 

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk... Salina... Lagenda Budak Setan... malahan Shit karya shahnon ahmad itu pun menyerlahkan wibawa penulis agung melayu... bukan senang beb nak buat cerita pasal tahi sampai satu buku 240 muka surat. Sembang pasal najis jer sepanjang buku... perghhh... alang2 manusia tak dapat nak buat buku camtu…   

Tu yang shahnon pun ala2 bengong jadinyer. Tapi benarkah orang melayu sekadar suka membaca artikel2 hiburan dan sukan saja..?

 

Bercakap pasal membaca nie... teringat zaman kecik2... macamaner aku boleh membaca. Aku tak bersekolah tadika.. fahaman aku ketika itu mungkin sebab orang tua aku tak mampu nak sekolahkan aku... tak mampu nak belikan kasut dan pakaian sekolah. Sedikit pun aku tak kisah sebab tidur ku tak akan ada saper yang ganggu... kenakalanku tiada orang2 tak sepatutnyer halang... tapi abah tak biarkan aku senang bermain... dicatkannyer sedikit dinding untuk dijadikan papan hitam. Maka dengan rasminya aku menjadi seorang pelajar... di ajari aku mengenal huruf. Dari situ laaa bermula era pendidikan formal mengenal huruf rumi. Dan sebetulnya abah memang akan membeli surat khabar setiap hari... akan dibacanyer seperti pembaca berita.. jelas dan berbutir bacaannya. Selalunyer jika ader berita menarik akan ditekan2 pembacaannyer cuba menarik perhatian seisi rumah. Haha... dan dia akan mengulas setiap berita yg dibaca dengan pemikirannyer. Tidak mengambil masa yang panjang untuk aku turut berkogsi bahan bacaan dengan arwah abahku. Sebelum masuk sekolah rendah lagi aku sudah menjadi pembaca berita baru di rumah. Baru laaa aku faham mengapa abah sengaja tak menghantar aku ke tadika yang lebih disifatkannya sebagai tempat kanak2 bermain... berkenalan... huhuhu... dari situ laaa aku mula dapat membaca... dari situ jugak laa rasanyer minatku terhadap bahan bacaan bercambah.   

 

Sedih... simpati... marah... segala macam kata2 carut telah aku hamburkan ketika mengesan harga surat khabar dinaikkan secara drastik ke satu nilai yang sememangnyer menjuruskan ke arah budaya masyarakat membaca. Surat Khabar..! yang sememangnyer sinonim dengan perkembangan insan2 seperti aku... yang bertatih belajar membaca melaluinyer... sumber hiburanku yang paling besar sehingga kini. Aku mengenali setiap menteri kabinet... aku rapat dengan pergolakan dunia sebelum patutnyer orang seusiaku mengenali siapa itu Muammar Gaddafi... Fidel Castro... Manuel Noriega. Menyoroti liku2 kesusahan saudara2 di Palestin... mengiringi harapan tatkala Saddam dan rakyat Iraq berperang mempertahankan maruah Islam...      


Entah mangkuk hayun maner ntah yang senang2 menaikkan harga surat khabar kepada satu tahap yang membebankan. Untuk pak2 menteri... orang2 bandar yang kayap mungkin isu ini tak menjadi satu permasaalahan...  tak terfikirkah mereka perihal orang2 kampung yang tak punyai internet untuk dijadikan sumber maklumat..? tak terkesian kah mereka kepada orang2 susah yang merasakan RM1.50 itu satu bebanan untuk dikeluarkan setiap hari..? orang2 kampung yang hidup mereka bertolok bergadai bagi mengecap nikmat kehidupan..? atau pun ini satu konspirasi mangkuk2 hayun ini untuk terus membantu kehidupan rakyat2 yang susah..?

 

Satu kecelakaan yang amat besar jika syarikat2 pengeluar surat khabar kini masing2 mengejar keuntungan berbanding manfaat yang dapat disebarkan melalui produk mereka. Satu benda yang amat malang untuk rakyat jika pemerintah jadi bodoh dengan membiarkan harga bahan bacaan dinaikkan dengan sewenang wenangnya. Jangan laa merasakan ia sebagai satu beban untuk tidak dinaikkan harga padahal keperluan itu sudah menjadi satu fardhu kifayah. Tapi sehingga ke hari ini tiada satu pun badan pengguna yang dulunya begitu gah memperjuangkan isu2 pengguna membuat bantahan... tiada seorang pun ulamak yang bangkit menyedarkan kerajaan keperluan fardhu kifayah ini. Tinggal laaa mangkuk2 hayun nie semua mengira keuntungan... mencongak tahun bilakah akan dinaikkan lagi harga sumber hiburan utama ku ini. Panterasiplis..!


Posted at 02:43 pm by Dakofter
 

September 5, 2005
Pembuka Kata

Salam…

 

Tersenyum sendiri mengisi laman registry… huhu… resminya aku biasa membacer blog kepunyaan orang lain… bertahun berurat cuber memahami penulisan orang lain… penilaian tersendiri terhadap kehidupan… tak pernah terlintas untuk mengadakan blog sendiri… bagus aper yer blog untuk aku..? bagus sangat ker aku untuk  melayarkan setiap bebelan..? haha… tapi kali nie aku seakan betul2 nekad… biar pun blog aku hodoh... biar pun blog aku tak secantik bahasa yang aku gunakan… tapi aku nak buat jugak… aku nak adakan jugak… ermmmpphhh!!

 

… dan aku tak harapkan saper2 pun akan membacer blog aku jika bebelan aku disalah anggap sebagai ruang untuk aku membalas hujah… biar laaa ia sekadar aper yang terlintas di benak…yang bertahun aku lirikkan dalam buku2 usang dirumah… yang telah aku jadikan irama dan lagu dalam kehidupan di taman permainan ini… tidak akan sekali kali aku menidakkan daya takrifan akal2 lain yang jauh lebih bernas dalam banyak hal berbanding aku… tetapi ini semua adalah lagu dan irama ku……….

 

Berhak untuk aku pertahankan… berhak untuk aku jadikan blog ini sebagai medan hiburanku… tempatku bernanyi dalam ruang akal yang sesempit ini… dan kiranyer bahasa dan bunyi2an nyer sumbing… aku tetap akan menyatakan ia adalah irama baru dengan genre yang tersendiri… yang sengaja disusun atur bagi membebankan naluri dan akal2ku semata mata… semata mata…

 

Keorthodokan dalam pemikiran AlMarhum ayahanda ku ingin aku bawa sekali dalam banyak lenggok2 irama ku… jika ianya bakal menggusarkan… bakal membebankan… jangan laaa dicaci keji… jangan laaa pula ia dipuji… sekadar mengajak minda terbuka sama2 mengkaji… berfikir mencari erti….

 

Akhir pembuka… Peace Beb!!!!

 


Posted at 12:00 pm by Dakofter
 

Blog nie semacam tempat utk aku merapu... menghapu... menipu... maaf jika rapuan aku melanggar etika orang merapu... maaf jika ader yang raser dirapu... dihapu.. ditipu... Peace..!!

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed